14 May 2010

Cara nak delete Facebook!




Menurut berita yang aku baca di CNN Online, kini makin banyak orang tidak lagi menggunakan Facebook a.k.a mendelete Facebook / mencuba untuk mendelete account FB mereka sebab polisi baru maklumat peribadi yang dikongsi dengan seluruh dunia. Kire macam tak puas hati dengan privacy punye issue.



Facebook sekarang dah mencecah kepada 400 milion pengguna di seluruh dunia. Perghh!! Tapi timbul pula isu delete mendelete account FB sebab bengang dengan privacy polisi FB yang tah ape-ape. Fakta menarik kalo korang pergi Google dan typehow do I delete”, yang suggested search tu terus delete my facebooksuggest how do I account. Huhuhu. Banyak juga orang complaint pasal tak boleh delete facebook punye account permanently. Hanya boleh deactivated tak boleh delete korang punye facebook permenently.
Tak boleh delete? Sebenarnya boleh. Ada cara dia. Kat bawah nie aku lampirkan cara-cara nak delete.


Gi ke link http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account
selepas anda mendaftar masuk [login].


Akan appear action box macam kat bawah ni. Klik “Submit”



Lepas tuh isi permanently delete account punya kotak. Isi password korang. Then security check and click okay.




Anda jangan login / connect dengan akaun Facebook anda. Anda akan menerima email mengatakan bahawa akaun anda akan dihapuskan dalam masa 14 hari. Segala perhubungan/interaksi sepanjang tempoh tersebut perlu dicegah bagi memastikan akaun itu dapat dihapuskan. Jadi dalam tempoh 14 hari itu anda;


JANGAN cuba untuk login ke dalam akaun Facebook anda. Bersihkan browser cache dan delete cookies supaya mengelakkan daripada login tanpa tidak sengaja.ii.

JANGAN klik Facebook Share atau Like button dekat mana-mana website yang anda pergi.

JANGAN guna Facebook Connect untuk login atau mendaftar masuk dalam apa saja laman.




Untuk mempercepatkan proses mendelete akaun Facebook dan jika langkah seperti di atas gagal, cuba hantar email kepada Facebook. Email terus kepada facebook di alamat privacy@facebook.com. Minta Facebook untuk hapuskan akaun anda. Tunggu untuk dapat email balas daripada Facebook untuk mengesahkan yang akaun anda telah dihapuskan secara kekal. Proses ini mengambil masa beberapa hari. Jika tidak mendengar apa-apa daripada Facebook dalam tempoh seminggu, hantar email kepada mereka lagi. Kali ini bukan sahaja email kepada privacy@facebook.com, tetapi juga email kepada support@facebook.com dan kepada info@facebook.com.

Akhir sekali, cuba untuk mendaftar masuk (login) ke akaun Facebook anda apabila telah mendapat email daripada Facebook. Jika tidak boleh mendaftar masuk dan tidak lagi mendapat pesanan meminta anda mengaktifkan kembali akaun anda, bermakna akaun Facebook anda sudah dihapuskan secara kekal. Itu jew. Hehe.


Sarol Out

2 comments:

Shiqa Nawar said...

oooo mcm tu ke.. adik shiqa pnah tnya cam ne nk delete :)

Sarol said...

tulah..byk member yg tanyer...sebab tak jumpe function nak delete permanently account tuh...
tapi nama je delete permanently, data kite semua dia simpan lagi..huhuhu