Perempuan dan gelang kakinya. Hey tetiba aku nak bercerita tentang perkara ni. Kebetulan pagi tadi ada budak baru masuk department aku, dua orang dan kedua-duanya perempuan. Melihat dari sosok tubuh mereka dan gaya penampilan mereka jelas kedua-duanya masih belum berkahwin [mengikut firasat aku lah, esok aku pastikan]. Yang menarik untuk dikongsikan ialah salah seorang daripada mereka telah menarik perhatian telinga aku apabila berjalan. Ya, kerana dia memakai gelang/rantai kaki yang berloceng. Jadi apabila berjalan tergedik-gedik [tak gedik pun sebenarnya] ke sana ke mari jelas kedengaran bunyi loceng tersebut. Sebenarnya tidak ada langsung kesan bunyi itu pada aku apatah lagi mencacatkan mana-mana bahagian pun pada si gadis tersebut. Cuma tiba-tiba terimbas [flashback macam citer melayu siap dengan effect bunyi] peristiwa yang berlaku kira-kira 14 tahun dulu [mase tu aku darjah 5]. Cerita dia melibatkan teacher English aku ketika itu Puan Norashikin Ng [Chinese convert to Muslim] yang garang nak mampus [seriusnye garang tak tipu punye] yang memang suke angin satu badan especially ngan murid-murid terlampau [pandai] macam aku yang suke tak siapkan kerja sekolah. Huhu.
Memang pembaris panjang makan bontot je dalam kelas dia. Itu belum lagi dibilang berapa kali berdiri atas kerusi [menikmati pemandangan yang indah dan dapat angin baik punya dari kipas siling dalam kelas]. Ok berbalik kepada cerita pasal gelang kaki, teacher Syikin ni pernah sound sorang budak ni masa dalam kelas aku depan semua orang. Budak ni [pengawas kalau tak silap] datang ke kelas aku menghantar buku kat teacher Syikin. Memang dah bernasib malang agaknya budak perempuan tu pada hari tu terus kene marah [actually dia nasihat cume pitching terlebih] pasal pakai gelang kaki berloceng. Memang dengar ar dia punye gelang tergedik-gedik berbunyi masa dia berjalan [budget cute la tuh!]. Tapi kiteorang time tu mana nak layan sangat kes tu memandangkan masing-masing lagi cuak nak menjawab kenapa tak siapkan homework. Huhu. Rindu pulak rasenya masa time bersekolah rendah. Memang hidup betul-betul terbaik.

Pasal perempuan bergelang kaki loceng ni bagi aku tak ada hal tapi pakai kat rumah jelah. Tak elok sebenarnya. Benda ni ada dibincangkan di laman web soal jawab Jabatan Agama Islam Selangor [JAIS berfungsi lebih daripada tangkap orang berkhalwat je tau!] Ditanya apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ? Jawapannya, merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya.
Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya: "Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng" Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan.
Notakaki: Renung-renungkan dan selamat beramal kawan-kawan. =)
Sarol Out
No comments:
Post a Comment