07 March 2010

Mari Menonton

Bulan ini aku macam nak penuhkan aktiviti dengan tengok wayang. So far sudah 3 movies yang aku dah layan. Port biasa adalah di GSC Pavilion dan TGV JJ Cheras Selatan. Senang nak pergi, senang nak parking, senang nak beli tiket dan bermacam-macam senang lagi.





Setakat ini dah 3 yang dilayan. Secara peribadi ada 2 yang menarik dan satu lagi tak sangat. Kalau korang betul-betul dah tak ada kerja nak buat, bolehlah layan movie Solomon Kane arahan Michael J. Bassett ni. Cerita pasal lelaki jahat (Solomon Kane) yang berhutang roh dengan pihak neraka dan nak berubah jadi baik sebab terlepas dari mati. Ayooo..sangat tersesat aqidah!! 5 minit awal macam menarik. Selepas itu "lu pikir la sendiri!!". =) 2 bintang aku bagi.




Next movie ialah Up in the Air lakonan superb George Clooney, Vera Farmiga dan Anna Kendrick. ( Ketiga-tiga masuk calon akhir untuk Oscar). Lakonan mantap terbaik dari ladang. Cerita pun bagus dan menarik. Dalam panggung tak ramai orang. Mungkin banyak yang nak tengok Solomon Kane ingat best. Hehehehe. Berbaloi untuk ditonton. Aku suka terbang dan cerita ini membawa aku terbang juga. Up in the Air!!! 4 bintang!




Last cerita untuk weekend ialah Brothers. Juga terbaik dari ladang Hollywood. Pelakon nama-nama terkenal macam Tobey Maguire, Jake Gyllenhaal & Natalie Portman. Cerita mengisahkan hubungan adik dan abang yang mana bila abang dikatakan sudah mati, si adik rasa bertanggungjawab untuk menjaga keluarga abangnya. Tiba-tiba abang kembali. Macam mana nak bikin?.Jeng jeng jeng...Sedikit drama tapi masih berbaloi untuk ditonton. Filem ni pun tak banyak audience. 20% je dalam cinema. Sad!

Tobey Maguire kurus habis dalam movie ni, Natalie Portman cantik dan cemerlang macam biasa. dan Jake Gyllenhaal macam biasa one of my all-time favorite actors. Cool cool cool. 4 bintang!!


Notakaki : Semalam masa aku chat dan member aku tanya kenapa aku tulis blog balik yang orang tak baca pun. Aku jawab "ada aku kisah?!"..hehehe


Sarol Out