30 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Today is the last day of Ramadhan Karim. 30 Ramadhan 1429H.

Aku masih di pejabat menghabiskan saki baki kerja. Tak mahu ada yang tertangguh untuk cuti r raya 5 hari.

Nak balik rumah ambil mak dan kakak pergi KLCC. Hajat hati nak singgah FCUK. Dah pegi sana minggu lepas usha baju tu. Sanggupkah korang mengeluarkan 10% dari gaji korang untuk dapat sehelai tshirt? Aku kurang sanggup. Sudah fikir 200 kali. Tapi akhirnya rembat juga. =)

Adik aku nak beli kasut futsal. Aku tanya "ape kejadahnya ko nak beli kasut futsal time-time nak raya nie?". Tapi cuma hendak tekankan yang tidak rugi berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan orang-orang yang kita sayang.

Malam jumpa Mr Jason ambil chocolate. Tahun lepas malam raya kat sana melepak di Kg. Batu 5. Sekali sekala merasa angin malam raya di kampung orang.

Insyaallah tahun ini akan beraya di rumah nenek Ampangan Seremban. Esok baru bertolak selepas solat sunat Aidilfitri.

Kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

"I would like to wish a very happy Eid Mubarak!"

Andai ada silap dan salah, andai ada terkasar bahasa dan laku, kemaafan dipinta. Semoga lebaran di sambut dengan ceria dan bahagia di samping orang-orang tersayang.

Salam


Sarol

24 September 2008

Terima Kasih


2 kad raya untuk aku. Merosot sebanyak 32.5%. Terima kasih kepada yang masih sudi memberi. Dihargai pemberian. =)


Sarol Out

23 September 2008

22 September 2008

The romance =)



"I know this sound stupid because you can never accept me
The door to your heart is closed forever


Thats why Im asking your permission..
So youll always be in my mind
Be my lover..


Be the queen of my heart..
Even though its only in dreams..
That is more than enough for me…"


Sarol Out

21 September 2008

The FS

Sedar yang pada dasarnya negara Malaysia nampak stabil dan tenang tapi sebenarnya banyak resah dan gulananya. Macam mana orang Melayu bercakaran sesama sendiri sebab perbezaan ideologi yang belum jelas mana betul mana salahnya?. Dengan tekanan politik dari parti-parti lawan yang masing-masing nak tunjuk handal. Aku yang memandang dari jauh turut rasa tidak senang hati.

Mahu ikut acuan Pakistan?Mahu akhir macam Benazir Bhutto? Memang tidak tepat untuk dibuat perbezaan tapi aku mengambil contoh dari perspektif sebuah negara Islam. Di Pakistan, walaupun sama-sama Islam, tapi berbezaan itu melampau sampaikan akhirnya wanita pertama yang diangkat untuk menjadi ketua negara sudah kena tembak. Hendak tunggu sampai ada sesiapa di Malaysia kena tembak?

Tidak minat politik, apatah lagi kenal dengan orang-orang politik. Menteri kabinet tidak hafal. Penting. Tidak penting.

Yang tengah berjuang, tukar taktik baru buang anasir tidak sihat. Fikir. Pada semua jangan main isu bangsa, agama, dan hak istimewa. Timbang sama rata, cari keadilan, pertabatkan Islam. Nanti boleh naik roket ke bulan.

notakaki : tidak berani hendak cakap Benazir Bhutto mati angkara Pervez Musharaff sebab takut masuk ISA Pakistan.

Sarol Out

20 September 2008

The Saturday Story!

Saturday!!

Bila dapat kad ucapan Selamat Hari Raya, apa yang engkau akan buat?

A) Baca & Simpan
B) Baca & Balas
C) Baca & Letak Bersepah
D) Baca & Buat Bodoh

Aku pernah buat semua jawapan di atas. Semalam dapat kad dari seorang kawan perempuan. Sudah kenal lama. Pergi kedai beli kad dan balas. Orang berbudi kita berbahasa. Berbudi pada orang yang berbahasa. Berbahasa pada orang yang berbudi. Kalau tidak berbudi dan berbahasa, pergi duduk dalam hutan kawan dengan monyet.

Sekarang semua sibuk duduk berdebat pasal blog dan blogger. Sudah jadi isu negara bila semua benda yang baik sudah jadi benda jahat. Siapa yang baik? Siapa yang jahat? Layakkah kita untuk menentukan siapa baik siapa jahat? . Aku bersama pendirian untuk tidak menyokong I.S.A dan merasakan tidak perlunya pemimpin seperti Teresa Kok dalam masyarakat.



notakaki: makanan anjing untuk anjing, makanan ikan untuk ikan, makanan kucing untuk kucing, makanan manusia untuk manusia.


Cheers


Sarol Out

18 September 2008

Painting

Just want to share the painting at Bora Asmara.

Cheers,

Sarol Silitongak