Today is the last day of Ramadhan Karim. 30 Ramadhan 1429H.
Aku masih di pejabat menghabiskan saki baki kerja. Tak mahu ada yang tertangguh untuk cuti r raya 5 hari.
Nak balik rumah ambil mak dan kakak pergi KLCC. Hajat hati nak singgah FCUK. Dah pegi sana minggu lepas usha baju tu. Sanggupkah korang mengeluarkan 10% dari gaji korang untuk dapat sehelai tshirt? Aku kurang sanggup. Sudah fikir 200 kali. Tapi akhirnya rembat juga. =)
Adik aku nak beli kasut futsal. Aku tanya "ape kejadahnya ko nak beli kasut futsal time-time nak raya nie?". Tapi cuma hendak tekankan yang tidak rugi berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan orang-orang yang kita sayang.
Malam jumpa Mr Jason ambil chocolate. Tahun lepas malam raya kat sana melepak di Kg. Batu 5. Sekali sekala merasa angin malam raya di kampung orang.
Insyaallah tahun ini akan beraya di rumah nenek Ampangan Seremban. Esok baru bertolak selepas solat sunat Aidilfitri.
Kepada seluruh muslimin dan muslimat seluruh dunia, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
"I would like to wish a very happy Eid Mubarak!"
Andai ada silap dan salah, andai ada terkasar bahasa dan laku, kemaafan dipinta. Semoga lebaran di sambut dengan ceria dan bahagia di samping orang-orang tersayang.
Salam
Sarol
Sarol
No comments:
Post a Comment