06 October 2008

Terakhir Ramadhan & Awal Syawal

Kata orang indahnya beraya di desa. Sempoi untuk beraya di kota. Bagi aku di mana-mana saja sama. Andai ada keluarga, sanak-saudara, pasti suasana jadi gembira.

Tahun pertama aku menemani rakan serumah membeli belah. Habis dijelajah seluruh Kuala Lumpur mencari barang. Sebelum dia balik Alor Gajah, berhabis juga mencari kelengkapan perayaan. Tempat letak kereta takyah cerita. Banyak pula kutu mencari kesempatan di tengah hiruk pikuk lautan manusia. Pasti penyeluk saku, kaki rembat, kutu jalan berkeliaran buat modal cari bahan. Pada abang-abang polis, tolong jaga ketenteraman jangan sibuk nak menyaman.


Singgah Centre Market hilangkan penat. Kedai tempat jual barang anggaran sewa RM3500 sebulan. Mak datuk mahal juga walaupun hanya jual gelang. Terima kasih sama Auntie kongsi fakta sambil bagi satu gelang free. Tabik spring sama Auntie! Terbaek!!

Tawaf pulak dalam CM. Singgah pula di Cute Fish Spa. Geli gak kaki mase cube kene geget ngan ikan tuh. Tapi dah lama ok jer..gi la cuba..huhu. RM5 untuk 10 minit. Kelebihannya seperti yang digembar gemburkan..
1. Removes dead skin cells
2. Improves blood circulation
3. Leave healthy skin




notakaki : Seronok juga sekali sekala memokok di sekitar KL. Teringat zaman-zaman muda remaja.



Sarol Out

No comments: