16 May 2010

Robin Hood

Tak cukup tidur pulak dengan aktiviti-aktiviti harian sekarang. Sebelum nak tidur adalah baiknya jika aku update dulu blog untuk ini hari. Semalam pegi Pavi tengok midnight movie.



Tengok cerita Robin Hood. Robin Hood ni kuar kat wayang 12 Mei 2010. Aku tengok semalam 13 Mei, cinema no 13 sit no B10. Cerita nie 3 jam. Kalau nak terkencing sila pegi awal-awal sebelum masuk dan layan cerita ni. Cerita dia pasal asal usul Robin Hood sebelum dia jadi “pencuri baik” iaitu masa di service dalam tentera England


Berlatar belakang kan zaman perperangan England & Perancis. King Richard The Lion Heart memimpin askar England pergi memperluaskan empayar England. Lepas tu mangkat dan digantikan oleh adik dia King John yang bodoh dan sengal. Robin Hood [mase tu name dia Robin Longstride] lakonan Russell Crowe berkhidmat sebagai askar bahagian pemanah. Lepas King Richard tu mati kene panah kat leher, askar-askar pangkat besar balik ke London untuk bawak mahkota dia nak bagitau kat keluarga di raja yang dia dah mangkat.


Dalam perjalanan balik kene ambush mati semua. So Robin Hood takes over bawa balik dan menyamar jadi Sir Robert Loxley. Nak di jadikan cerita Sir Robert Loxley ni sempat tinggal wasiat suh di Robin gi hantar pedang kat bapak dia kat Nottingham. Sir Robert Loxley ni pon ada sorang binik name Marion Loxley lakonan Cate Blanchett [kalo korang perasan dia heroin cite The Curios Case of Benjamin Button].



Pastu adalah scene-scene Robin Hood balik kampong kat Nottingham, suke kat Marion, perang-perang, pembelotan si Godfrey lakonan Mark Strong [before this jadi jahat 'Lord Blackwood' dalam cite Sherlock Holmes dan penjahat sengal dalam Kick Ass] dan adalah babak-babak lawak. Yang lain korang silelah pegi tengok sendiri. Happy ending lah of course.



Best ke cerita ni? Bagi aku ok je. Cinematography memang terbaik. Lawa giler gambar. Jalan cerita boleh tahan. Tapi 3 jam tuh ada lah yang angkat kaki dari wayang dan ada gak yang tertidur aku tengok. Aku suke si Cate Blanchett tu berlakon. First time tengok dia cite Lord of the ring dulu. Dah tua dah pompuan tuh. Umur dah 41 tapi not bad lah. Dia memang sesuai watak-watak macam zaman-zaman evolusi dan 40’s macam tu. Russell Crowe no comment [mata dia juling kah?]. Tiga bintang setengah aku bagi untuk movie Robin Hood.





Notakaki: Ngantok gile. Nak tido sampai lebam

4 comments:

tOm said...

hai sarol.. ade award utk awk =P

http://nakashimakureno.blogspot.com/2010/05/and-winner-goes-to.html

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

peerrhh bro xtahan bro 3jam,,

kalo aku mau 4x kali g kencing,,hahaha

Sarol said...

thx for the award tom.

Sarol said...

roy..ko bawak la getah..leh ikat..huhuhu