20 May 2010

Aku & Al-Arqam

Hari ini akhbar Berita Harian membuat pendedahan eksklusif tentang satu konsert khas yang telah diadakan bagi memperingati dan mengenang Allahyarham Asaari Muhammad iaitu bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam. Konsert yang dinamakan sebagai Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ diadakan selama dua hari di Country Homes Rawang. Seperti yang dilaporkan, konsert ini diselit dengan nyanyian nasyid, pantomin dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin yang hebat.



Al-Arqam ditubuhkan pada tahun 1968 merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh Ashaari Muhammad, ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah
Sangat femes satu ketika dulu. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian. 
Hebat diaorang ni. Mengikut fakta, masa zaman kegemilangannya Al-Arqam ini memiliki sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Arqam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluruh Malaysia!!. 
Pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh baru-baru ini iaitu pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Nak maklumat lebih lanjut? sila tanye Encik Google.



Aku dan Al Arqam. Apa perkaitannya? Percaya atau tidak memang pernah ada perkaitannya secara langsung. Tapi jangan salah faham. Aku pernah bersekolah Tabika Al-Arqam di Perlis dari umur 5 tahun sehingga 6 tahun sekitar tahun 1989 – 1990. Tapi  seingat aku tiada apa pun yang menyimpang dari aqidah. Kami kanak-kanak yang suci ketika itu diajar asas pendidikan Islam yang sempurna tanpa ada sebarang unsur penyelewengan.


Semasa belajar, seorang pensyarah berkelulusan dari UKM pernah bercerita tentang amalan Al-Arqam yang diamalkan oleh sebahagian rakan-rakan universitinya. Mengikut pandangan beliau, melihat kepada peribadi dan cara hidup rakan-rakannya yang menyertai Al- Arqam tersebut memang bagus. 

Katanya "Al-Arqam ni bagus kerana dia betul-betul mempraktikan ajaran dan cara hidup yang dianjurkan oleh Islam. Cuma saya agak musykil bila kawan-kawan ketika selepas solat berzikir dan berwirid sambil mengadap gambar Tok Guru diaorang tu".

Sekarang khabarnya Al-Arqam masih wujud dengan new branding Rufaqa' Corporation.



Sekadar pandangan peribadi, konsert memperingati Allahyarham Ustaz Asaari tu bagi aku kurang wajar. Ini sudah jadi macam kes memperingati Michael Jackson. [Mariah Carey nyanyi lagu I’ll be there. Syok!] Tapi bagi kite orang Islam, bukankah kenduri arwah dan tahlil lebih afdal??!!.

Notakaki : Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya. Amin

Sarol Out

1 comment:

tOm said...

heh.. rupenye ko pn ahli al arqam suatu ketika dulu.. wakkaka..