Penjara Pudu dah start dirobohkan semalam sekitar pukul 10 malam. [21 June 2010). Selepas 118 tahun tersergam di situ, akhirnya akur dibajak jentolak tersungkur rebah di kaki Kuala Lumpur. Kerja-kerja merobohkan tembok penjara berkenaan sedang giat dijalankan dan dianggarkan akan mengambil masa 4 ke 5 hari untuk siap dirobohkan sepenuhnya.
Sedikit sejarah, Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895. Penjara ini secara rasminya ditutup pada 1 November 1996.
Apa mau buat?. Inilah harga yang perlu dibayar atas nama pembangunan. Tapak warisan negara kini bakal dibangunkan menjadi bangunan moden yang dikatakan akan memberi impak positif kepada generasi akan datang. Tapi pada masa yang sama generasi akan datang juga tidak lagi dapat menikmati mural-mural yang diiktiraf di peringkat dunia. Hanya gambar menjadi bukti wujud satu monumen sejarah yang selama ini mengungkap 1001 kenangan kepada warga Kuala Lumpur.
Personally aku pun tak tau nak komen apa pasal kerja-kerja peruntuhan ni. Memetik kata member aku Mamat "even though that dilapidated prison meant nothing but maybe in the future it has a value in term of heritage. Hope they made the right decision".
Sarol Out
No comments:
Post a Comment