Aku baru saja pulang dari berjalan-jalan pagi di facebook kengkawan. Terserempak pulak dengan gegambar ni. Yup! Mamat itu adalah KJ (Khairy Jamaluddin)! Gambar-gambar di copy dari FB KJ semasa penutupan Kursus Asas Perajurit Muda (SUK) Siri 1/2010 pada 25 Mei 2010. Panas lagi terbaik dari ladang.
KJ yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 dan lulusan University of Oxford telah menjalani asas ketenteraan di Kem Wataniah Rasah untuk Rejimen 508 Askar Wataniah. Rentung dan kurus YB Rembau ni dikerjakan di kem tersebut. No badan KJ ialah 6210405.
KJ kata "I was a normal rekrut like any other rekrut dan saya tidur dengan dia orang, saya masak dengan dia orang, saya makan dengan dia orang, saya mandi dengan dia orang, semualah kita buat sama".
Kenapa KJ tetiba nak masuk askar Wataniah?
Kenapa KJ tetiba nak masuk askar Wataniah?
Sebab dia kata “saya hendak tunjuk askar Wataniah ini satu program yang bagus yang perlu dapat sokongan dan penglibatan daripada generasi muda di Malaysia. Kkita tidak ada kerahan tenaga seperti negara negara lain, kita ada PLKN tetapi PLKN dia lebih kepada satu latihan yang boleh dikatakan ringan. Walaupun PLKN tiga bulan dan Askar Wataniah ini satu bulan, askar ini, saya belajar satu benda. A.S.K.A.R maknanya Azab Seksa Kau Akan Rasa.” .
Itu dia abang KJ telah membuktikan beliau sedia meninggalkan pangkat dan kedudukan untuk sama-sama berjuang. Itu kata KJ, korang bile lagi nak masuk Wataniah?
Aku??..deyy aku senior abang KJ tu! Hahaha. Gua dah pun selamat mengikuti kursus asas rekrut siri 4/2003 AW502 Cawangan Ampang di British Malaysia Institute. Yes memang rentung tahap gaban campur kepala gondol macam sami Buddha!
Seriously muke dah jadi tak handsome sebulan. [pastu jadi handsome balik] Hahaha. Memang pengalaman yang sangat berharga. Korang pegi lah cube! Huhu
Notakaki: Teringat masa kene pancut ngan pili bomba beramai-ramai. Dah macam pesta buih! Huhu
Sarol Out
2 comments:
peerrhh hebat boto orang rombau nie,,hahaha...
asal x tunjuk gambar lu time botak tu bro,,,hahahahaha
ada2..gua ada..esok gua upload baii..khas utk ko..wakakakakka!!
Post a Comment