Hari ini saya sedang bersedih dan kesedihan saya tiada ketabahan di dalamnya. Saya duduk di satu sudut yang sempit dan saya rasa tidak bermaya. Mungkin ada orang ingin menenangkan saya dengan kata-kata tetapi hati saya belum bersedia untuk menerima.
Izinkan saya menjadi manusia biasa. Bersedih untuk sementara dan menikmati rasa tidak bermaya. Terima kasih buat mereka yang cuba memberi kata-kata tetapi hati saya ingin berehat sebentar. Biar kesedihan menyelimutinya agar selepas ini hati mampu berharap dengan sihat.
Hari ini saya memilih untuk bersedih.
Sarol Out
2 comments:
perlu ke nk bsedih?
adoyaii...ini bukan betul2...cuma ayat yang sedap utk diletakkan!!! dol!!
Post a Comment