30 April 2010

Duhai Si Pari Pari

Hi everyone. Blog sekarang ada kawan-kawan baru sudi singgah sekapur sireh. Terima kasih daun keladi aku ucapkan. Selalu-selalu lah singgah lagi time-time lain ok dan jangan lupa tengokkan ikan-ikan aku kat atas tu. Bagi2 lah makan free. Hoho =)

Baru balik dari tengok
movie Iron Man 2 kat JJ Cheras Selatan. Good3x. ( Esok aku post review pasal Iron Man 2 ni). Hari ini nak review pasal DVD yang aku baru tengok semalam. Duhai Si Pari-Pari nama filem ini. Lakonan Que Haidar, Liyana Jasmay (sesuai jadi next duta untuk sabun May..huhu), Nabila (anak Amy Search), Remy Ishak, Harun Salim Bachik dan cameo dari Farid Kamil, Hans Isacc, Zizan Raja Lawak, Aziz Satar dll. 


Cerita dia berkisarkan tentang hidup Saadon (Que) yang sengal-sengal ubi didatangi Pari (Liyana J) dari Kayangan sambil diperhatikan oleh bapak si Pari (Harun SB) kononnya mencari cinta. Ditambah pulak dengan pasangan Maya (Nabila) dan Remy yang dok mengenakan si bendul Que.


Rate? Tahap stokin busuk 2 minggu tak basuh. Memang LONGKANG! Takde pengisian langsung bagi aku. Satu bintang aku bagi itu pun untuk lawak Que Haidar & Nabila yang bolehlah buat gelak level2 geli ulu hati. Yang lain..ermmm...stokin oh stokin. Huhu. Actually minat nak tengok since member aku nyanyi lagu Liyana Jasmay [aku jatuh cinta] kat karaoke. VC tu macam ngam je tunjuk babak2 dalam movie tu. TAPI...Tipah tertipu bapak!!!

Aku forward kan laju-laju cerita tu sebab nak tengok ending. Haha. Tapi kepada sesiapa yang belum tengok, silalah tengok. Belum jatuh tahap busuk berus jamban macam Cinta Fotokopi, dan No Problem Punyo!!.

Notakaki: Esok aku update pasal Iron Man 2. Tunggu...

Sarol Out

26 April 2010

Ketagihan dalam 'Deeper Conversation'

Sudah jatuh hukum makruh nak post lagu Deeper Conversation nyanyian Yuna ni dekat aku punya blog. Sudah setahun lebih aku dengar lagu ini. Sudah, I'm not Yuna fan, cuma suka lagu ini. Suka, tapi belum sampai perasaan nak post. Sudah sekarang macam kene je nak post lagu ni. Sudah aku pilih video dari Miezwasi's Channel kat youtube sebab dia simple, nice and sweet.



Sudah kenapa baru nak tampal video tu kat sini? Jawapannya ialah sebab mood sebelum ni belum mari dan sekarang baru mari dengar lagu ni. Dulu dengar sebab interesting and simple rhythm and lyric, sekarang campur lagi the feels of the song. Faham ker tak faham?.Hohoho



I like this song much. Metaforanya rasa macam ketagihan yang melampau. It is the high level addiction to something. Tapi belum sampai tahap macam drug addict lah. Orang lelaki aku rasa lebih faham kowt macam mana perasaan tu suka dan nak tackle seseorang sampai dapat. Beronok-ronok perasaan. Tapi formula yang aku dah belajar ialah sabar jangan gelojoh, jujur, ikhlas dan transparent [jernih??]. Haha.

Terlalu peribadi pula nak di
explain kan secara lebih detail. Simpan dalam hati untuk senyum sepanjang hari. =)

Notakaki: Lirik lagu deeper conversation dari Yuna bahagian yang aku suka.




Is your favorite color blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outer-space?
And I'm learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?

And I'm learning you

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears and
Everything that you believe in

Would you make a difference in the world

I'd love for you to take me to a deeper conversation
....

Sarol Out

25 April 2010

Nightlife @ KL



Semalam aku dan kengkawan nak layan live band performance dekat KL. Kebetulan Alexis Ampang dekat Great Eastern Mall ada special world music performance. Tapi dah sampai lewat dalam pukul 12 Alexis full house! Memang macam siot. The we decided to go to Borneo Baruk Club (BBC) at Jalan Kia Peng KL. Alexis cover charge RM25 for that night. BBC RM40. Ayooo..

The band performance, boleh tahan! Sambil layan sambil usha orang-orang yang tutttt..Minah kat sebelah aku dah ting tong layan bop sorang-sorang feeling sexy. Makcik Kiah joget lambak lagi best tau! hahaha.. Jadi pemerhati bebas dahlah. Dah nak dekat pukul dua my friend tetiba cakap nak gi club lain. Adoiyaii..pulak.. Kebetulan next to BBC ada Drogonfly Club. Tapi club tu tak best. Malas nak komen kenapa tak best. Kalau korang pergi tau sendirilah nanti. Huhuhu.

Dalam pukul 3 lebih merayau-rayau usha orang abis clubbing. Destinasi pertama belakang Bukit Bintang. Sini banyak mat salleh dan minah salleh stock-stock kaki panjang semuanya. Kalau nak cari jodoh international bolehlah lepak sini. Hahaha. Second destination dekat Jalan P.Ramlee. Mungkin kot nak meraikan seniman agung tu dalam muzik, terus club-club tak hingat dunia dibuka kat sini. Huhuhu. Sini dapatlah tengok aksi-aksi terlampau. Ada yang terhuyung hayang sambil dipimpin oleh kawan-kawan seperjuangan mereka. Buruk seh!!. Yang kene angkut macam mayat masuk dalam kereta. Huru hara depa ni semua. Last sekali lalu depan Zouk dekat dengan Saloma Bistro tu. Sini nampak macam lebih terkawal sikit.
Bagi aku kalau nak pergi club tu tak salah kalau setakat nak layan muzik enjoy goyang sikit-sikit. Sometimes kawan-kawan buat birthday party, nak celebrate apa-apa, I guess it is fine. Cuma pandai-pandailah bawa diri. Yang mana boleh, yang mana tak boleh, kita fikir-fikirkan bersama. Aku tak ambil gambar/video semalam sebab tak teringat pun. Gambar-gambar ni copy kat Internet untuk suka-suka. =)
Notakaki: Siapa kepala berkarat, update knowledge anda pasal club-club kat KL ni di http://www.klue.com.my/venues/search/nightlife
Sarol Out

20 April 2010

Kick Ass

Went to TGV Cheras Selatan watched Kick Ass.

Kick ass movie quite cool. Story about one regular guy that want to be a superhero. A simple movie but rated as 18PL. I give 3 stars.

Tidak sampai jatuh hukum wajib tengok dan kalau ada masa lapang tak tahu nak buat apa, kira boleh layanlah. If you like movie named Zombieland, then you going to like this movie also.


Notakaki: Plan to watch Shutter Island this coming Thursday. Anyone?..hehe

Sarol Out

18 April 2010

Menonton di hari Ahad

Di hari Ahad yang biasa apa yang selalu korang buat? Aku biasanya menghabiskan masa di rumah je. Sama ada lepak tengok TV ataupun layan DVD.

Citer pasal DVD, ini antara koleksi movie dalam simpanan. Tak banyak sebab malas nak beli / penuhkan hard disk. Setakat simpan yang mana boleh buat stok layan di waktu bosan.

















Nota kaki : DVD original atau cetak rompak? Fikir-fikirlah sendiri. =)

Sarol Out

Memilih untuk bersedih


Hari ini saya sedang bersedih dan kesedihan saya tiada ketabahan di dalamnya. Saya duduk di satu sudut yang sempit dan saya rasa tidak bermaya. Mungkin ada orang ingin menenangkan saya dengan kata-kata tetapi hati saya belum bersedia untuk menerima.

Izinkan saya menjadi manusia biasa. Bersedih untuk sementara dan menikmati rasa tidak bermaya. Terima kasih buat mereka yang cuba memberi kata-kata tetapi hati saya ingin berehat sebentar. Biar kesedihan menyelimutinya agar selepas ini hati mampu berharap dengan sihat.

Hari ini saya memilih untuk bersedih.

Sarol Out