13 October 2009

Sudi

Aku buka TV3 minggu lepas tengok Malaysia Hari Ini siaran langsung. Kebetulan ada promosi UiTM Melaka dan Majlis Perbandaran Alor Gajah untuk satu karnival anjuran pelajar-pelajar UiTM kursus Komunikasi & MM kalau tidak salah. Bagus juga bila kerajaan negeri Melaka sudi membantu pelajar-pelajar ini menjayakan tugasan mereka.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah TH Nordin kata ini usaha kerajaan negeri dalam memberi ruang untuk pelajar-pelajar. Kata Timbalan Dekan UiTM Melaka pula itu satu kerjasama yang baik disamping membantu mengurangkan beban UiTM dari segi "dana" yang mana pihak universiti harus adil dalam membahagi peruntukan kepada setiap kursus dan acara.


Aku puji MPAG sebab sudi. Puji UiTM Melaka sebab sudi. Dua-dua sudah sudi. Badan-badan korporat dan juga syarikat-syarikat gergasi yang lain tidak sudi untuk taja UiTM? Sebab apa pula?



notakaki : UCSI anjur konsert Beyonce! Sudah tak main liga karnival.Hotlink sudi.

Sarol Out

No comments: