Holla!!  Sorry lambat update sebab aku busy sangat-sangat. After habis petang semalam berkejar ke sana ke sini dan sampai  rumah pukul 530 pagi tadi. Tension  nya semalam bukan sebab per, tapi sebab sangkut dalam jam  masa nak balik dari Shah Alam ke Cheras pakai Federal Highway. WTT!!  (what the tutttt). 

Iron Man 2! Yes, that is our subject for today! Huhu. Semalam nak aku teman lagi kawan aku yang nak tengok Iron Man 2. Location, Pavilion KL. Orang punyalah ramai standard hari Jumaat malam Sabtu. So that was my second time watched Iron Man 2 in cinema. Lol [ gelak SETAN ]. Takde hal lah sebab cerita pun best. Sound system cinema Pavi much better than Jusco Cheras Selatan. So enjoyed it much.

Iron Man  dah dapat element baru  yang dia cipta untuk pakai kat dada dia. (tengok bentuk dah jadi tiga  segi). Makin gempak. Puas hati tengok action  lawan-lawan dengan robot-robot Ivan Vanko. Sape Ivan Vanko? Ivan  Vanko ni anak kepada kawan ayah Iron Man yang bengang sebab bapak dia  tak dapat apa-apa walaupun pada asalnya bapak dia ngan bapak ayah Iron  Man sama-sama cipta teknologi yang kat dada Iron Man tu. Adalah  sebabnya..Huhu

Tambah pulak dengan Justin Hammer tuan  punye Hammer Industries yang  tak puas hati dengan Stark Industries dalam leading teknologi senjata di US. So Justin Hammer ni  amik Ivan Vanko as his partner  la. Adalah watak lain macam awek Iron Man, dia punya PA yang menyamar, kawan baik dia askar dan lain-lain. Lebih kurang macam tulah cerita dia. Nak tahu lebih lanjut sila  pergi ke wayang. Huhu. Nanti dah tak best  korang dah tahu jalan cerita kan? So gi explore sendiri and  enjoy!



Filem Iron Man 2 arahan Jon Favreau ni aku kasi 4 bintang. 4 bintang untuk kegempakkan teknologi yang dipakai tuh sampai aku pun dah berangan bawa kereta main tekan2 dan pakai suara je. Haha. Robert Downey Jr macam biasa cemerlang dan tak mengecewakan. Bravo! Kat bawah senarai star-star yang ada dalam cerita ni. Terbaik wokk!!

*Robert Downey Jr - Tony Stark (Iron Man)
*Gwyneth Paltrow - Pepper Potts (Girlfriend Iron Man)
*Scarlett Johansson - Natalie Rushman (Assistant awek kepada Tony)
*Don Cheadle - Lt. Col. James 'Rhodey' Rhodes (US Army + Kawan Tony)
*Sam Rockwell - Justin Hammer (Orang Jahat)
*Mickey Rourke - Ivan Vanko (Orang Jahat)
Notakaki: Nak tengok IP Man 2 pulak!
Sarol Out
No comments:
Post a Comment